SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG | Azizi Haji Abdullah
Judul : Seorang Tua Di Kaki Gunung
Pengarang : Azizi Haji Abdullah
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 199 Halaman
Cetakan Pertama : 2018
ISBN : 9789834920135
Novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini, yang telah mendapat tempat kedua dalam sayembara Hadiah Novel GAPENA - Yayasan Sabah II (1981), memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang sungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya adalah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.