SUDUT PANDANGAN DALAM CEREKA | Anwar Ridhwan
Judul : Sudut Pandangan Dalam Cereka
Pengarang : Anwar Ridhwan
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 175 Halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789836206954
Buku ini mengandungi empat bab yang membincangkan sudut pandangan dalam cereka: perkembangan satu konsep kritikan, sudut pandangan dalam novel peringkat awal di Malaysia dan Indonesia, sudut pandangan dalam novel Malaysia-Indonesia 1940-an - 1975 dan pandangan umum penulis yang merupakan kesimpulan terhadap perbincangan bab-bab terawal.
"Sesungguhnya konsep sudut pandangan dapat diterapkan dalam penganalisisan ke atas cerpen atau novel, saya memilih genre novel kerana genre ini lebih luas ruang lingkupnya. Dengan hal yang demikian, bagaimana seorang pengarang mengemukakan bahan-bahan ceritanya kepada pembaca dapat dilihat dengan lebih luas kalau dibandingkan dengan ruang lingkup cerpen yang agak terbatas itu. Selain itu, ruang lingkup novel yang luas memungkinkan berlakunya sudut pandangan yang berubah-ubah (shifting of view point), sementara dalam cerpen sungguhpun kemungkinan serupa tetap ada, tetapi agak terbatas."
KANDUNGAN:
Pendahuluan
BAB 1: Sudut Pandangan dalam Cereka: Perkembangan Satu Konsep Kritikan
BAB 2: Sudut Pandangan dalam Novel-novel Peringkat Awal di Malaysia dan Indonesia
BAB 3: Sudut Pandangan dalam Novel-novel Malaysia-Indonesia (1940-an-1975)
BAB 4: Pandangan Umum
Biodata
Bibliografi
Indeks