KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
photo1664184886-600x777

TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN KEPADA PENGERTIAN AL-QURAN(EDISI RUMI BAHARU)[JAKIM][RAK D105]

RM 135.00

Di Malaysia, idea menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Melayu telah dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Kerja terjemahan al-Quran diserahkan pula kepada Sheikh Abdullah Basmeih pada pertengahan tahun 1960-an. Bahan terjemahan berkenaan diberi judul Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) yang diambil sempena gabungan nama Allah SWT iaitu ar-Rahman dan nama mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman (TPR) edisi terbaharu 2022 ini merupakan terbitan bersama JAKIM-Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. Dengan penerbitan edisi kemas kini ini, diharapkan ia menjadi rujukan kebangsaan sebagai terjemahan rasmi tunggal kepada masyarakat.