WARISNYA KALBU. oleh Sri Rahayu Mohd Yusop [JIWA]
Hassan Basri — si jejaka Melayu, menemui sebuah buku usang milik datuknya yang mengandungi catatan harian Tun Cempaka.
Sepanjang Kakanda Hassan mengajar pantun Melayu kepada seorang wanita Inggeris, Tun Cempaka berada bersama dan merakamkan detik itu dalam Jurnal.
Khadija, si gadis berdarah campuran, mewarisi buku nendanya; koleksi pantun-pantun Melayu yang diterjemah ke bahasa Inggeris — mereka menggelarkanya Terjemahan.
Kedua naskhah itu merupakan benang takdir yang terputus ketika Perang Bendahara Pahang, sebelum bertaut semula saat mereka berdua mengejar sebuah sayembara.
Warisnya Kalbu ialah novel Sri Rahayu Mohd Yusof yang pernah memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.